Inilah Dunia

Dunia oh dunia.................

Thursday, June 18, 2009

Inilah Asam Garam Kehidupan

Assalamulaikum................

Kebelakangan ini banyak perkara yang menyedihkan terjadi dalam hidup aku... sampai aku rasa begitu tertekan.... nasib baik ingatan aku pada Allah SWT masih kuat. kalau tak boleh giler aku jadinya.... nak diceritakan pada orang pun salah, tak cerita aku plak aku sendiri yang leh tak tahan.... bak kata orang diluah mati mak, tak diluah mati ayah.... jadinya.. biarlah aku yang menyimpannya sampai akhir hayat aku.... hanya Allah yang mengetahui.

Tutuplah topik sedeh ni....
Baru-baru ni aku dapat surat spa untuk temuduga Pegawai teknologi maklumat....
Menghadapi hari-hari menjelangnya temuduga Pegawai Teknologi Maklumat F41 amat mendebarkan... pelbagai searching dah dibuat sebagai persediaan.

Antara topik hangat yang sering diperkatakan untuk diuji semasa temuduga ini adalah seperti:
soalan temuduga PTM dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soalan umum dan khusus.

Contoh Soalan Umum:

1. Apakah nama sistem pentadbiran Malaysia?
2. Apakah komponen yang terdapat di dalam Sistem Parlimen?
3. Siapakah ketua negara? Siapa ketua kerajaan?
4. Ceritakan pengalaman kerja sebelum ini.
5. Please introduce yourself?
6. Apakah maksud Integriti dan Akauntabiliti?
7. Apa yang anda faham mengenai Cyber Law Act?
8. Jelaskan mengenai MSC.
9. Apa itu e-Government? Berikan contoh.
10. What would you do to improve government services?
11. Apakah peranan IT dalam bidang pertanian? (Mungkin akan tanya dalam bidang lain e.g: perikanan)
12. Berikan alasan kenapa anda ingin berkhidmat dengan kerajaan.
13. Apakah cabaran dan tindakan yg diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan penggunaan ICT di seluruh negara?
14. Can you please hightlight the best point about you and convince us why we shuld take you?15. Sanggupkah anda ditempatkan di tempat-tempat terpencil seperti di Bario (tempat Nuri terhempas)?
16. Berikan kesan sekiranya sesebuah projek gagal disiapkan dalam masa yg ditentukan?
17. Jelaskan tentang Perolehan komputer, Pembelian komputer, dan Spesifikasinya.
18. Ceritakan mengenai K-Economy.


Contoh Soalan Khusus:
1. Apa yang anda tahu mengenai Wireless LAN?
2. Apakah perbezaan Backbone dan Star Topology?
3. Bagaimana hendak setup wireless LAN di sesebuah pejabat?
4. Apakah tugas seorang PTM
5. Apakah jenis-jenis network topology?
6. Berikan 2 contoh network topology dan nyatakan perbezaannya.
7. Apakah pangkalan data apa yang baik?
8. Terangkan maksud “normalization”.
9. Nyatakan peringkat-peringkat normalization.
10. Apakah fasa pembangunan sistem
11. Apakah perkakasan untuk ke internet di dalam sesebuah pejabat dan nyatakan fungsi-fungsinya.
12. Apabila sistem telah dibangunkan, apakah perkara yang penting bagi memastikan sistem berjaya.
13. Jelaskan tentang black box dan white box,
14. Berikan contoh-contoh format image. (Mungkin akan tanya format lain e.g: movie, music, office etc).
15. Bezakan format-format image.
16. Apakah perbezaan Prisma dan LCD?
17. Nyatakan perbezaan antara MIS dan EIS.
18. Nyatakan jenis-jenis Modem
19. Apakah yang faham mengenai LAN dan WAN?
20. Apa itu PCMCIA?
21. Apakah perbezaan antara IMAP dan POP3?
22. Adakah anda pernah mengoperasikan server? nyatakan platformnya?
23. Adakah bahasa pengaturcaraan yang anda tahu?
24. Terangkan perbezaan antara website dan portal.
25. Terangkan apa itu wireless dan jenis-jenisnya.
26. Mengapa siaran astro tidak jelas sewaktu hujan tetapi siaran tv lain seperti tv1, tv2, dan tv3 yang menggunakan analog jelas.
27. Apa itu SDLC dan berikan contoh-contohnya.28. Apakah Virus yang terkini?